Mingguan Amanz – Surface Pro 6, Xiaomi Asingkan Redmi, PlayStation 4 Pro 2TB

Minggu ini menyaksikan Huawei memperkenalkan telefon pintar Huawei Y7 Pro yang hadir dengan spesifikasi pertengahan dan skrin takuk kecil, serta bateri berkapasiti 4000mAh.

Selain itu, Nokia 9 PureView tertiris, memperlihatkan ia akan hadir dengan cip Snapdragon 845, spesifikasi tinggi, dan menggunakan sehingga lima kamera dibelakang. Permulaan tahun baru turut menyaksikan beberapa perubahan dilakukan, termasuk Steam yang menamatkan sokongan untuk Windows Vista dan XP.

Xiaomi minggu ini membuat kejutan da mengatakan akan mengasingkan Redmi sebagai sub-jenama tersendiri. Vivo pula pada minggu ini mengumumkan bakal menawarkan Vivo NEX Dual Display untuk pasaran tempatan tidak lama lagi pada harga RM3199.

Dengan acara CES 2019 menjelang tiba, pelbagai produk baru diumumkan, termasuk Samsung dengan monitor baru. Microsoft pada minggu ini membuat kejutan dengan mula menawarkan Surface Pro 6 dan juga Surface Laptop 2 di Malaysia.

Dan akhir sekali, Sony Malaysia kini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan PlayStation 4 Pro dengan storan 2TB di Malaysia bermula minggu ini.

Sumber : Amanz