Realme Melancarkan Ransel Dan Set Fon Telinga Tersendiri – Realme Tech Backpack Dan Realme Buds

Pengeluar peranti pintar seperti Xiaomi, OnePlus atau Huawei kerap melancarkan produk gaya hidup seperti beg sandang, ransel (beg yang digalas di belakang), baju, kasut dan banyak lagi. Kini, Realme turut dilihat mengikuti trend ini.

Realme telah melancarkan dan mula menjual ransel mereka tersendiri iaitu Realme Tech Backpack. Di laman Realme di India, mereka tidak sertakan butiran jelas mengenai ransel ini. Tetapi dengan nama ‘tech‘ pada ransel ini, ia pasti memfokuskan untuk penyimpanan gajet-gajet seperti komputer riba, power bank, kabel-kabel atau telefon pintar.

Bersama-sama dengan ransel ini, Realme turut melancarkan set fon telinga mereka sendiri – Realme Buds. Ia adalah sepasang set fon telinga berwayar biasa. Sama seperti ransel tadi, tidak banyak butiran yang diberikan. Menurut Realme, Realme Buds ini mempunyai bass yang dipertingkatkan dan menggunakan rekaan ikonik Realme.

Kedua-dua produk baru Realme ini dijual hanya di India buat masa ini. Tidak pasti jika ia akan hadir ke pasaran tempatan. Ransel Realme Tech Backpack dijual dengan harga ₹2,399 (~RM140) dan set fon telinga Realme Buds dijual pada harga ₹499 (~RM30) sahaja.

Sumber : Amanz