Cerita Tentang Kewujudan Bendera Johor

Setiap negara atau negeri malah sebuah organisasi yang teratur dan ternama sudah pasti akan mempunyai bendera yang tersendiri bagi menunjukkan latar belakang dan identiti masing-masing.

Begitu juga dengan negeri Johor yang mana bendera negeri Johor punyai simbol-simbol serta warna-warna yang melambangkan pengaruh kerabat diraja Johor, agama Islam serta ciri-ciri siasah dan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini.

Negeri Johor punyai reka bentuk bendera yang telah dicipta sejak dari zaman Temenggung Daeng Ibrahim lagi (awal abad ke 19). Bendera negeri Johor yang pertama asalnya berwarna putih.

Bendera tersebut telah digunakan oleh baginda Sultan Johor sebelum tahun 1855 lagi dan kemudian, bendera negeri Johor berevolusi kepada warna hitam dengan menambahkan petak kecil berwarna putih di sudut atas penjuru kiri bendera dan telah digunakan sehingga tahun 1865.

dssgft

Setelah Temenggung Abu Bakar menaiki takhta sebagai Sultan Johor (Maharaja Abu Bakar), baginda telah menggantikan petak kecil berwarna putih tersebut kepada warna merah berpangkah putih.

dssgft

Pada tahun 1871, bendera tersebut digantikan pula dengan warna biru laut dan segi empat berwarna merah dengan bulan sabit dan bintang pecah lima berwarna putih di sudut kiri bendera.

Sejak dari itu, bendera negeri Johor dengan rekaan tersebut telah menjadi bendera rasmi negeri Johor Darul Takzim dan ia diteruskan penggunaannya sehingga ke hari ini.

dssgft

Keduduk bulan dan bintang condong yang terdapat di dalam bendera negeri Johor dikatakan agak menyerupai Bendera Turki. Hal yang disebabkan mungkin disebabkan wujudnya hubungan diplomasi yang baik antara Sultan Johor dengan Kerajaan Othmaniah Turki pada satu masa dahulu.

Semasa zaman penjajahan, bendera Johor telah dikibarkan lebih tinggi daripada bendera Union Jack iaitu bendera British. Ini merupakan salah satu dari kebijaksanaan Kesultanan Johor untuk mengekalkan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa terpelihara.

Keadaan ini telah mencetuskan satu perdebatan hangat yang mempersoalkan Johor semasa era perjajahan, benarkah Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang tidak pernah dijajah oleh British dan Jepun?

Maksud bendera Johor, anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Sementara warna merah pula, melambangkan keperwiraan dan keberanian rakyat jelata Johor dalam mempertahankan negeri Johor. Manakala warna biru tua pula melambangkan perpaduan kerajaan negeri Johor.

Tahukah anda di negeri Johor juga terdapat bendara Di-raja? Setiap kerabat Di-raja Johor iaitu terdiri daripada Sultan dan Sultanah Johor, Pemangku Raja dan Tunku Mahkota Johor punyai benderanya yang sendiri. Malah terdapat juga bendera khas untuk Dato’ Menteri Besar Johor.

dssgft

Di negeri Johor, dahulunya setiap pembesar daerah atau digelar Orang Besar Daerah juga mempunyai bendera masing-masing iaitu di daerah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.

Hari ini, jawatan tersebut telah ditukar kepada Pegawai Daerah dalam pemerintahan moden Johor dan hari ini, bendera-bendera daerah sudah tidak digunakan lagi dalam acara rasmi.

Sumber : OrangKedah