(Video) ‘You ingat I tak mampu nak beli Chanel?’ – Bodohkan Mat Salleh, Aliff disekolahkan netizen

Baru-baru ini, usahawa kosmetik memuat naik video dirinya berang dihalang masuk ke sebuah butik jenama terkemuka ketika menjejakkan kaki di Sydney, Australia.

Berdasarkan video tersebut, Datuk Aliff Syukri merayu-rayu untuk masuk ke dalam butik tersebut. Namun rayuannya tidak diendahkan oleh kakitangan butik berkenaan. 
“Bodoh. Orang nak beli, tak bagi. Pelik. Dia tak tahu beg I ni LV limited edition. Kasut I ni Versace. Tengok I shopping,” katanya dalam video tersebut. 
“Itu namanya, duit bukan segala-galanya,” tegur isterinya, Datin Nur Shahida.
“Korang rasa kenapa dia tak kasi masuk. Adakah sebab kami orang kampung??? 
“Antara kenangan pahit kami ketika di sana jam 5 petang. Jangan pandang orang sebelah mata. Jenuh saya merayu nak masuk untuk beli beg Chanel.
“Hello mat salleh, you ingat I tak mampu nak beli Chanel?? Tak apa, Fendi lagi lawa. Malas layan orang macam ni. Mentang-mentang wife I dan I selekeh, you tak layan. Nanti I pakai baju suit dan jamm berlian I, baru you tahu,” tulisnya pada kapsyen video tersebut di Instagram. 
Bagaimanapun, tampil beberapa netizen sekolahkan Aliff dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa kakitangan butik berkenaan tidak bersalah dalam hal tersebut. 
“Pertama kali ke pergi Australia? Mereka kalau dah masuk jam 5, memang dah start closing, dah tak ada masa nak layan. Bukan dia tak nak bagi orang masuk. 
“Kalau tengok, jam enam semua kedai kebanyakkannya dah tutup. Jangan main cakap bodoh dato. Belajar culture mereka dulu. Nanti kita yang nampak bodoh orang cakap nanti,” kata netizen. 

Sumber : TheReporter