Asus ZenBook S13 Hadir Dengan Nisbah Skrin-Ke-Badan Mencapai 97%

Nampaknya perlumbaan skrin nirbingkai pada komputer riba semakin menarik. Selain Acer, hari ini Asus turut telah memperkenalkan komputer riba dengan rekaan nirbingkai mereka tersendiri, iaitu Asus ZenBook S13.

Asus ZenBook S13

Asus ZenBook S13 dikatakan menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencapai 97%. Untuk mencapainya, Asus turut menggunakan rekaan “takuk-luar” yang sedikit tertimbul keluar untuk meletakkan kamera hadapan.

Asus ZenBook S13

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 13.9-inci, dijana cip Intel Core i7, memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 1TB SSD. Selain itu, Asus turut menyertakan GeForce MX15 untuk sokongan grafik – sekaligus membolehkan permainan seperti Fortnite pada kadar 30fps.

Buat masa ini, harga jualan untuknya masih tidak diketahui lagi. Asus dijangka memasarkannya sebelum bulan Mac 2019 ini.

Sumber : Amanz