Tewas Perlawanan Pembukaan Piala Asia, Jurulatih Thailand Dipecat

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) melalui satu kenyataan mengumumkan bahawa telah memecat jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Milovan Rajevac, susulan kekalahan 4-1 pasukan kendaliannya kepada India dalam perlawanan pembukaan Piala Asia di Abu Dhabi, Ahad lepas.

Kedudukan Rajevac sebelum ini turut tergugat apabila tewas secara agregat selepas seri 2-2 kepada Malaysia dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 biarpun mempamerkan aksi cemerlang di peringkat kumpulan.

Dengan kekalahan terbaru kepada India, FAT tidak menunggu masa yang lama untuk memecat pengendali skuad terkenal dengan jolokkan Gajah Perang tersebut. Anak jati Thailand, Sirisak Yodyardthai  diumumkan sebagai jurulatih sementara sehingga tamat kejohanan Piala Asia 2019.

Rajevac yang terkenal dengan kemampuannya membawa Nigeria ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 sebelum tewas kepada Uruguay melalui sepakkan penalti mula melatih pasukan gergasi Asia Tenggara itu sejak 2017. Sebelum ke Thailand, Rajevac pernah mengendali beberapa pasukan antaranya Qatar dan Algeria.

FAT dalam kenyataan yang sama juga menyebut bahawa mereka kecewa dengan aksi longlai anak buah Rajevac yang tidak menunjukkan kemampuan sebenar dan kekalahan kepada India menjadi puncak kekecewaan tersebut.

Thailand bakal berhadapan dengan Bahrain 10 Januari ini selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas tamat satu perlawanan.

Sumber: Fox Sport Asia

Sumber : SiakapKeli