Xiaomi Membuat Pelaburan Strategik Pada TCL Untuk Pegangan Sekitar 0.48%

Xiaomi sebelum ini sedia membuat pelaburan pada beberapa syarikat, dan terkini mereka memperluaskannya dengan turut membuat pelaburan pada TCL.

Xiaomi Mi TV 4

Xiaomi dilihat membuat pelaburan untuk pegangan sekitar 0.48% – yang mana boleh dikatakan agak sedikit, tetapi membolehkan Xiaomi terus memperluaskan portfolio mereka. Selain itu, Xiaomi juga akan dapat mengakses kepakaran televisyen yang dimiliki TCL, selain pada masa yang sama mengurangkan kos yang perlu ditanggung dalam proses pengeluaran.

TCL merupakan salah satu syarikat yang sangat popular dengan penawaran televisyen mereka, selain turut mempunyai penawaran telefon pintar dan lesen kepada beberapa jenama besar.

Dengan pelaburan ini juga, kita mungkin akan melihat pelbagai integrasi, termasuk mungkin menyokong sistem operasi MIUI pada peranti keluaran TCL dan sebagainya.

Sumber : Amanz