Razer Hadir Dengan Monitor Memfokuskan Permainan Video – Razer Raptor

Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar yang menawarkan monitor mengkhususkan untuk para peminat permainan video. Razer turut tidak ketinggalan, dan hari ini telah melancarkan Razer Raptor – iaitu sebuah monitor bersaiz 27-inci dengan rekaan yang sangat menarik.

Razer Raptor

Razer Raptor menawarkan skrin pada resolusi 2560×1440 berasaskan IPS, menyokong AMD Radeon FreeSync bersama-sama dengannya, sekaligus menawarkan sokongan kadar segar semula 144Hz. Beberapa mod turut disediakan untuk memudahkan pengoptimasian paparan – termasuk untuk permainan FPS, perlumbaan, MMO dan juga penstriman.

Razer merancang untuk menjual monitor ini kelak pada tahun ini pada harga $699.99 iaitu sekitar RM2876.

Sumber : Amanz