Individu Hina Sultan Muhammad V Mohon Maaf, Netizen Buru Majikan, Ancam Boikot Keluaran Produk Syarikat

Perletakkan jawatan Sultan Muhammad V semalam mendapat perhatian rakyat yang rata-rata terkejut dengan keputusan itu.  Namun, ada juga yang menghamburkan kata-kata tidak baik terhadap perkhabaran tersebut.

Seorang individu yang menggunakan Facebook atas nama Er** **** mendapat perhatian netizen apabila mengulas kenyataan didalam satu posting Facebook yang didakwa telah menghina baginda Sultan Muhammad V.

Terbaru, melalui akaun Facebook yang sama, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap komen yang diberikan.

Dalam pada itu, netizen turut menyampaikan salah laku individu terbabit kepada majikannya yang merupakan organisasi besar antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia.  Selain itu, ada juga yang cuba mengancam untuk memboikot produk keluaran syarikat tempatnya bekerja.

Menerusi posting miliknya sendiri, ibu pejabat syarikatnya telah memuat naik salah satu komen memberitahu bahawa perkara itu telah sampai kepada pihak mereka dan akan disampaikan kepada pengurusan di Malaysia.

Sumber : SiakapKeli