Acer Predator Triton 900 Kini Rasmi – Komputer Riba 2-dalam-1 Dengan Rekaan Unik

Acer pada acara IFA 2018 yang lepas telah pun memperkenalkan Acer Predator Triton 900 yang hadir dengan rekaan agak unik dan berbeza berbanding komputer riba lain dipasaran. Namun, ketika itu, info penuh mengenai komputer riba berkenaan tidak dikongsikan – dan ianya dikongsikan secara rasmi oleh Acer hari ini bersempena CES 2018.

Acer Predator Triton 900

Acer Predator Triton hadir dengan rekaan dua-dalam-satu – yang mana membolehkan pengguna menggunakannya sebagai sebuah komputer riba atau tablet.

Apa yang menariknya adalah rekaan skrinnya yang boleh dibawa ke hadapan ketika anda sedang memainkan permainan video, atau menyunting dokumen.

Acer Predator Triton 900

Komputer riba 17-inci yang hadir pada Predator Triton 900 ini menyokong resolusi 4K, selain dilengkapi sokongan NVIDIA G-Sync. Ia turut hadir dengan cip Intel Core i-7 generasi kelapan, dilengkapi kad grafik RTX 2080, storan berasaskan NVMe PCIe SSD, dan memori sehingga 32GB DDR4.

Acer Predator Triton 900 ini akan dipasarkan sekitar Mac kelak, dimana ia membawakan tanda harga $3999 di Amerika Syarikat, iaitu sekitar RM16,500.

Sumber : Amanz