NVIDIA Menjenamakan Semula GSYNC HDR Sebagai GSYNC Ultimate – Turut Membuka Sokongan GSYNC Untuk Paparan AMD FreeSync

Selain daripada pengumuman kehadiran kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060, NVIDIA turut membuat beberapa pengumuman besar mengenai teknologi paparan GSYNC mereka.

Pertama ialah mengenai penjenamaan semula GSYNC HDR, dimana paparan GSYNC yang turut hadir dengan kebolehan untuk menggerakkan video HDR kini dinamakan GSYNC Ultimate, untuk menunjukkan sesebuah paparan itu hadir dengan semua kebolehan GSYNC, termasuklah pengurangan masalah screen-tearing, kebolehan menyokong HDR dan juga pensijilan GSYNC untuk paparan-paparan yang menggunakan cip GSYNC terbaru.

Satu lagi pengumuman ialah mengenai pembukaan sokongan teknologi GSYNC untuk paparan-paparan yang mempunyai sokongan untuk Adaptive Sync ataupun NVIDIA FreeSync.

Ini dikatakan adalah kerana NVIDIA sedar bahawa terdapat lebih banyak pengguna yang menggunakan monitor dengan sokongan FreeSync berbanding dengan GSYNC yang mempunyai kos lebih murah.

NVIDIA berkata bahawa buat masa ini, mereka telah mengenal-pasti 12 paparan skrin FreeSync yang disahkan menyokong GSYNC, dan akan terus menguji paparan-paparan lain di pasaran, Menurut mereka lagi, satu kemaskini perisian akan dikeluarkan pada 15 Januari kelak untuk mengaktifkan sokongan GSYNC pada paparan-paparan ini.

Sumber : Amanz