Razer Mengemaskini Laptop Gaming Razer Blade 15 Mereka Dengan Siri Kad Grafik NVIDIA RTX

Dengan pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 dan juga kad grafik RTX Max-Q, Razer sebuah lagii syarikat yang mengambil kesempatan untuk mengemaskini siri peranti mereka dengan komponen-komponen baru,

Laptop Razer Blade 15 baru sahaja diperkenalkan beberapa bulan yang lalu, tetapi di acara CES 2019 yang sedang berlangsung di Las Vegas, mereka mengumumkan bahawa siri laptop tersebut bakal hadir dengan tiga variasi baru dimana mereka akan dilengkapi dengan kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060, GeForce RTX 2070 Max-Q dan juga GeForce RTX 2080 Max-Q.

Dari segi saiz rangka dan paparan, Razer Blade 15 masih hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan juga rangka yang mempunyai ketebalan 0.7 inci sahaja. Ia masih dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan SSD pantas sebanyak 512GB yang boleh dinaiktaraf jika diperlukan.

Bukan itu sahaja, di acara CES 2019, Razer akan menunjukkan demo dua paparan baru untuk siri laptop Razer Blade akan datang, termasuklah paparan beresolusi Full HD dengan kadar segar semula 240Hz, dan juga paparan OLED beresolusi 4K dengan sokongan sesentuh,

Menurut Razer, peranti Razer Blade 15 dengan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX ini akan mula dijual pada 29 Januari kelak bermula pada harga $2299 (~RM9200) di pasaran-pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, UK dan China.

Sumber : Amanz