MAHB : Kerja Naik-Taraf Infrastuktur Komunikasi Tidak Menyebabkan Sebarang Gangguan Di KLIA Dan KLIA2

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini mengumumkan yang mana tiada sebarang gangguan perkhidmatan komunikasi di KLIA dan juga KLIA2 disebabkan oleh kerja naik-taraf infrastruktur sejak awal tahun ini.

Sebelum ini, MAHB telah mengumumkan akan melakukan kerja naik-taraf, dan mengatakan mungkin akan berlaku sedikit gangguan – sekaligus mengalakkan pengguna berhubung ke perkhidmatan Airport WiFi percuma.

Menurut MAHB, mereka telah mengambil langkah mitigasi dalam mengurangkan gangguan, selain berjaya memastikan ketersediaan rangkaian selular dalam kawasan terminal kekal seperti biasa.

Sebelum ini, MAHB telah mengumumkan yang mana kerja naik-taraf ini akan mengambil masa sehingga tiga bulan sebab dilakukan secara berfasa. Naik-taraf ini dilakukan sebagai salah satu inisiatif dibawah Lapangan Terbang 4.0, selain turut membangunkan Aeropolis serta untuk menampung keperluan pendigital masa depan.

Sumber : Amanz