Gangguan bekalan air berjadual di 20 kawasan terlibat mulai Sabtu dan Ahad ini

Beberapa kawasan di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada Sabtu dan Ahad ini. 
Menurut laman web Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), gangguan bekalan air itu akan bermula dari jam 9.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019, hingga jam 11.00 malam Ahad, 13 Januari 2019. 
Gangguan bekalan air itu ekoran hentitugas Loji Rawatan Air Bukit Nenas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah. 
Antara kawasan-kawan yang terlibat adalah:
  1. Bukit Bintang
  2. Imbi
  3. Pudu
  4. Bukit Ceylon
  5. Jalan Sungai Besi
  6. Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
  7. Bukit Damansara/ Damansara Heights
  8. Seluruh kawasan Bangsar termasuk taman-taman perumahan
  9. Titiwangsa Sentral
  10. Bukit Persekutuan
  11. Kampung Attap
  12. Taman Duta
  13. Bukit Tunku
  14. Kampung Baru
  15. Taman SA
  16. Brickfields
  17. Kampung Datuk Keramat
  18. Taman Tasik Perdana (Taman Botani Perdana)
  19. Chow Kit
  20. Pekeliling

SYABAS menasihat semua pengguna di kawasan-kawasan terlibat untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi sebelum kerja-kerja pembaikan dan penutupan bekalan air bermula. 
Difahamkan, bantuan bekalan air kecemasan akan digerakkan dan Pusat Khidmat Setempat di parkir HKL, Jalan Tun Razak akan diaktifkan serta beroperasi bermula jam 8.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019 bagi memberi bantuan kepada pengguna. 
Sumber: SYABAS

Sumber : TheReporter