‘Ia foto lama diambil di tempat lain tapi tuduh kami bunuh anjing’ – Lelaki nafi racun anjing sehingga mati

Susulan viral paparan skrin perbualan group WhatsApp yang berkongsi tips meracun anjing-anjing terbiar di sebuah kawasan perumahan di Seremban, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani tampil menafikan dakwaan kononnya kejadian didalangi oleh pihak pengurusan Masjid Ibnu Khaldun. 
Beliau berkata, dakwaan yang mengatakan pengurusan masjid berkenaan yang meracuni haiwan itu adalah tidak benar kerana ia dilakukan oleh individu lain yang menetap di kawasan perumahan tersebut.
Mohamad Taufek sebelum itu diberi penerangan oleh Pengerusi Majsid Ibnu Khaldun, Mohd Asna Amin berhubung isu tersebut. 
Sementara itu, Mohd Asna menegaskan dia tidak meracun anjing-anjing itu. Sebaliknya dipercayai dilakukan oleh penduduk taman yang hilang sabar dengan kesan yang timbul akibat banyak anjing terbiar di situ. 
Dalam kenyataan kepada Harian Metro, Mohd. Asna mendakwa gambar-gambar yang viral di media sosial itu adalah gambar yang dirakam di tempat lain, bukannya di kawasan perumahan mereka. 
“Ia foto lama yang diambil di tempat lain tetapi menuduh kami membunuh anjing. Akibatnya saya menerima banyak kecaman,” katanya. 
Menurutnya, kehadiran anjing terbiar di kawasan perumahan mereka itu menjadi masalah sejak awal tahun lalu dan dakwanya haiwan itu sering masuk dan membuang najis serta meminum air kolah di tempat berwuduk masjid. 
“Ada beberapa kejadian kanak-kanak yang datang bersolat dikejar anjing liar hingga terjatuh dan cedera. Berpuluh aduan dibuat kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) namun mereka memaklumkan tiada peruntukan untuk mengambil tindakan. 
“Kami menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), namun mereka meminta kami berurusan dengan MPS, sekali gus menyebabkan tiada tindakan diambil,” katanya. 
BERITA BERKAITAN: 

Sumber : TheReporter