Honor 10 Lite Kini Rasmi Di Malaysia, Boleh Didapati Dengan Harga RM699 Bermula 9 Januari

Peranti terkini di dalam keluarga Honor 10 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Honor 10 Lite ialah peranti dengan spesifikasi kelas pertengahan dengan skrin bertakuk kecil dan dijana dengan cip pemproses Kirin 710.

Walaupun Honor 10 Lite sewaktu dilancarkan pada bulan November tahun lepas, mempunyai pilihan memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Tetapi di Malaysia, hanya dua variasi sahaja yang boleh didapatkan iaitu 3/32 GB dan 3/64 GB sahaja. Kedua-dua variasi Honor 10 Lite ini dijual dengan tanda harga RM749 dan RM799.

Honor 10 Lite ini menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil yang sedia popular dengan ramai pengeluar. Saiz skrinnya adalah 6.21 IPS LCD FHD+, kamera utama dwi-lensa 13+2 Megapixel, kamera swafoto 24 Megapixel, bateri 3400mAh dan sokongah pengecasan 10W melalui mikroUSB. Bersama-sama dengan Honor 10 Lite, Honor turut memperkenalkan dua penjejak kesihatan baru – Honor Band 4 dan Honor Band 4 Running.

Honor Band 4 hadir dengan skrin AMOLED 0.95-inci, sensor pengimbas nadi, giroskop, penjejak tidur, bateri 100 mAh dan sokongan NFC. Honor Band 4 Running pula menggunakan skrin yang sedikit lebih kecil, iaitu AMOLED 0.5-inci dan tiada pengimbas nadi kerana ia direka untuk digunakan pada kasut. Honor Band 4 di Malaysia hadir dengan pilihan warna hitam dan dijual pada harga RM149. Manakala, Honor Band 4 Running dijual pada harga RM79 dengan pilihan warna Hijau atau Merah.

Jika anda rasa Honor 10 Lite variasi 3/32 GB berharga RM749 itu mahal, anda boleh dapatkan di Lazada dan HiHonor dengan harga promosi RM699 bermula esok, 9 Januari 2019.

Sumber : Amanz