Tak Tahan Tunggu Hukuman Mati Yang Asyik Ditangguhkan, Banduan Ambil Keputusan Bunuh Diri Sendiri

LAS VEGAS- Seorang banduan yang tidak tahan menunggu hukuman matinya yang kerap ditangguhkan mengambil keputusan untuk menggantung dirinya sehingga mati di dalam sel penjara.

Scott Raymond Dozier, 48, yang dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan membunuh  sepatutnya dihukum mati menerusi suntikan maut namun seringkali ditangguhkan berikutan syarikat yang membekalkan suntikan dadah itu enggan produk mereka digunakan untuk membunuh banduan.

Dozier ditemui mati dalam selnya selepas menggantung diri menggunakan cadar katilnya yang diikat pada saluran udara yang terdapat disitu.

Menurut peguamnya, Dozier juga telah berulang kali mengancam membunuh diri menggunakan pisau cukur untuk mencederakan leher dan pergelangan tangannya pada Oktober lalu.

Tindakan menangguhkan hukuman suntikan hingga mati itu membuatkan Dozier menjadi murung kerana dia enggan tinggal lebih lama dalam penjara.

Sumber: New York Post

Sumber : SiakapKeli