Lebih Dari 30 Peranti Akan Menggunakan Modem 5G Dari Qualcomm

Perlukah peranti dengan sokongan 5G di Malaysia ini? Pendapat saya tidak, kerana 4G sendiri kadangkala tidak stabil dan rangkaian 4G ini juga masih belum meluas lagi. Inikan pula rangkaian 5G, entah bila Malaysia akan mula menyokong rangkaian ini?

Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang para pengeluar untuk hadir dengan peranti dengan sokongan 5G. Menurut Qualcomm, lebih dari 30 peranti akan menggunakan modem 5G mereka iaitu Qualcomm X50. Tidak semua peranti yang menggunakan Qualcomm X50 adalah telefon pintar, ada juga modem-modem internet seperti Netgear dan Telit. Manakala jenama popular seperti Nokia, Sony, Xiaomi, Oppo, Vivo, HTC, LG, ASUS, dan ZTE adalah antara pengeluar telefon pintar yang akan menggunakan modem X50 ini.

Kita sudah tahu yang mana, peranti dengan sokongan 5G akan mula dilancarkan pada tahun ini. Tetapi kita juga sudah dengar yang mana Snapdragon 855 iaitu cip pemproses peranti mercu ini menyokong rangkaian 5G. Tetapi sokongan ini menurut OnePlus memerlukan modem tambahan X50 yang berharga $200-$300 lebih mahal. Jadi, tidak dinafikan jika telefon pintar dengan sokongan 5G hanya akan ditawarkan pada model/variasi telefon pintar yang paling tinggi. Ini bermakna, kita mungkin akan lihat kembali zaman telefon pintar dwi-sim 3G + 4G atau zaman peranti pintar dengan dua model peranti seperti model mempunyai sokongan rangkaian berbeza.

Sumber: Android Police, melalui Qualcomm

Sumber : Amanz