Intel Mengumumkan Projek Athena – Menginovasi Komputer Riba Kearah Ultra-Responsif

Intel hari ini telah mengambil pentas utama pada acara CES 2019, sekaligus berkongsi mengenai beberapa perkara baru. Salah satu yang dikongsikan oleh Intel adalah berkenaan dengan Project Athena.

Intel Project Athena

Melalui Project Athena, Intel ingin membawa pelbagai inovasi dalam arena komputer riba setapak kehadapan – selari dengan permintaan pengguna.

Antara yang ditekankan adalah integrasi kecerdasan buatan, penyertaan rangkaian 5G untuk kekal berhubung, selain menawarkan pengalaman penggunaan yang responsif dan bateri bertahan sepanjang hari.

Intel menyasarkan untuk bekerjasama dengan sejumlah pengeluar komputer riba untuk hadir dengan peranti Project Athena ini – dan kita mungkin akan melihat komputer riba dibawah projek ini dalam pertengahan kedua 2019 ini.

Sumber : Amanz