Motorola Kembali Ke Malaysia Dengan Motorola One – Telefon Android One Dengan Dwi-Kamera Belakang

Motorola kini nampaknya kembali ke pasaran Malaysia, dan telah pun mula menawarkan Motorola One untuk para pengguna tempatan. Ia kini ditawarkan melalui laman Shopee, dimana ia disenaraikan pada harga RM849, tetapi boleh didapati dengan diskaun RM799.

Motorola One

Motorola One merupakan telefon pintar dengan sistem operasi Android One – sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai kemaskini semasa Android dengan pantas.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5.9-inci HD+, dijana cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Motorola One turut menggunakan bateri 3000mAh, selain dilengkapi sokongan pengecasan 15W TurboPower.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut menyertakan sokongan bicu-audio, dan boleh memperluaskan storannya menggunakan kad mikro-SD.

Bagi anda yang berminat mendapatkan peranti Motorola, boleh menyemak Motorola One ini hari ini. Selain daripada Motorola One, terdapat beberapa peranti Android One lain di Malaysia, termasuk salah satunya adalah Xiaomi Mi A2.

Beli : Motorola One di Shopee

Sumber : Amanz