Lenovo Smart Clock Dan Smart Tab Adalah Dua Lagi Produk Pintar Untuk Mengawal Peranti Berhubung

Di IFA yang lalu Lenovo memperlihatkan kamera pintar dan mentol pintar yang dikawal menggunakan Smart Display keluaran mereka. Tahun ini peranti berhubung akan digunakan dengan lebih meluas dan kesemuanya dikawal menggunakan suara pengguna. Eksosistem peranti berhubung mereka berkembang lagi dengan pengumuman Lenovo Smart Clock dan Smart Tab.

Lenovo Smart Clock ialah jam meja pintar yang direka khusus untuk diguakan di dalam biik tidur. Ia dilengkapi skrin sesentuh sebesar 4″ (480×800 pixel). dijana cip MediaTek 8167S, memori sebesar 1GB RAM, storan sebesar 8GB dan sebuah pembesar suara 1.5W. Terdapat sebuah port USB-A pada bahagian belakang yang membolehkannya mengecas sebuah telefon pintar.

Dari segi rekaan ia mempunyai tubuh yang diperbuat daripada bahan fabrik serta panel hadapan plastik. Di bahagian atas terdapat dua butang kawalan suara manakala pada bahagian belakang terdapat butang membisukan audio, USB-A dan sambungan kuasa. Ia hanya akan ditawarkan dalam kelabu sahaja. Walaupun mempunyai skrin LCD, ia tidak menyokong fungsi memainkan video.

Lenovo Smart Tab pula hadir dalam dua versi iaitu P10 dan M1o. Kedua-duanya adalah tablet Android Oreo yang apabila diletakkan pada dermaga khas yang disertakan akan mengubahnya menjadi sebuah skrin pintar seakan Amazon Echo Show. Di dalam dermaga hanya kawalan suara Alexa akan didengari oleh Smart Tab. Smart Tab menyokong fungsi menstrim kandungan video seperti YouTube dan Netflix,

Menurut Lenovo, Smart Tab dilancarkan sebagai penyelesaian kepada masalah tablet yang mungkin digunakan secara meluas lagi di rumah. Apabila tidak digunakan, dermaga mengecas tablet dan mengubahnya menjadi hub kawalan peranti berhubung di rumah.

Lenovo Smart Tab P10 adalah yang paling berkuasa dilengkapi skrin 10.1″ HD penuh, dijana cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 8MP, kamera hadapan 5MP, bateri sebesar 7000 mAh dan empat pembesar suara Dolby Atmos.

Lenovo Smart Tab M10 pula dilengkapi skrin 10.1″ HD penuh, dijana cip Snapdragon 450, memori 3GB RAM, storan 32GB, kamera utama 5MP, kamera hadapan 2MP, bateri sebesar 4850 mAh dan dua pembesar suara Dolby Atmos.

Lenovo Smart Clock dijual sekitar April pada harga $80 (~RM329). Pra-tempah Lenovo Smart Tab P10 dibuka sekarang pada harga $300 (~RM1233) sebuah manakala Smart Tab M10 pula pada harga $200 (~RM822) sebuah.

Sumber : Amanz