Xiaomi Mi Mix 3 Boleh Dibeli Bermula 12 Januari – Berharga RM2199

Xiaomi Malaysia hari ini telah pun mengumumkan penawaran telefon pintar berkuasa tinggi terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi Mix 3.

Mi Mix 3 hadir dengan skrin 6.39-inci yang membawakan rekaan menyeluruh tanpa takuk. Untuk kamera hadapan, ia disembunyikan pada bahagian kerangka belakang skrin yang boleh-diluncurkan. Mi Mix 3 menggunakan dwi-kamera hadapan 24MP + 2MP.

Untuk rakaman gambar belakang pula, Xiaomi Mi Mix 3 menyertakan kamera 12MP + 12MP, yang mana menerima skor sebanyak 108 pada DxOMark.

Telefon pintar ini dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia dilengkapi bateri 3200mAh yang turut menyokong pengecasan nirwayar.

Xiaomi Mi Mix 3 berwarna hitam akan ditawarkan pada harga RM2199, sementara versi berwarna hijau dan biru akan ditawarkan pada harga RM2299. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui para pengedar Xiaomi bermula 12 Januari 2019 ini.

Sumber : Amanz