‘Betul ke produk itu?’ – Netizen terkejut tengok gambar viral proses pembuatan gula-gula popular tetapi..

“Toksah dok beli cekelat ni untuk apa aktiviti sekalipun,” demikian tulis Benhussin Amir di Facebooknya yang mendakwa proses pembuatan gula-gula yang dipercayai jenama popular tidak mengutamakan kebersihan. 
Tidak dinyatakan sumber gambar tersebut, namun berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan Benhussin itu menunjukkan kakitangan kilang pemprosesan itu juga tidak memakai baju lengan panjang ketika mengendalikan mesin adunan. 
Beberapa gambar yang lain juga menunjukkan perkara yang tidak sepatutnya. 

Walau bagaimanapun, netizen mempersoalkan kesahihan gambar yang dimuat naik oleh individu terbabit dan tidak menolak ia tindakan cuba memfitnah pengeluar produk berkenaan. 

Sumber : TheReporter