Ketua Polis Negara Sahkan Tiga Individu Hina Agong Ditahan Dan Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiga individu yang menghina Sultan Muhammad V di atas keputusan Baginda melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong XV baru-baru ini telah ditahan semlam.

Melalui kenyataan yang sama juga PDRM memberitahu kesemua mereka bakal disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

”Masyarakat dinasihat untuk menggunakan medium media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat provokatif dan manipulasi isu perletakkan jawatan Yang Dipertuan Agong XV sehingga menimbulkan persepsif negatif institusi Diraja di negara ini,” kata beliau.

Terdahulu, komen yang ditinggalkan oleh ketiga-tiga individu tersebut telah menimbulkan kemarahan orang awam yang bertindak memuat naik beberapa maklumat peribadi termasuklah alamat tempat kerja.

Majikan-majikan kepada ketiga-tiga individu tersebut dalam kenyataan berbeza telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan telah mengambil tindakkan terhadap pekerja masing-masing.

Sumber: Twitter Mohamad Fuzi Harun

Sponsored Video

Sumber : SiakapKeli