ZenPod Adalah Kerangka Apple AirPod Dengan Pemutar Kegelisahan Terbina

Pemutar kegelisahan ataupun fidget spinner adalah sejenis mainan yang mula tular pada tahun 2017. Sejak ia tular, banyak pengeluar gajet/akseori mula mengimplementasikan pemutar kegelisahan ini pada produk-produk mereka. Contoh adalah kerangka iPhone 7, Chilli Spinner Phone, pemutar kegelisahan dengan sokongan bluetooth dan banyak lagi.

Tidak pasti jika tahun 2019 akan menjadikan pemutar kegelisahan ini popular semula. Ini kerana, Air Vinyl telah lancarkan ZenPod – iaitu kerangka Apple AirPods dengan pemutar kegelisahan terbina. ZenPod menggunakan bahan kemasan kulit dan bingkai yang diperbuat daripada polikarbonat dan bearing yang diperbuat dengan lapisan aluminium.

Pemutar kegelisahan bukan sahaja mainan yang biasa-biasa sahaja, tetapi ia turut boleh menenangkan mereka yang mempunyai masalah PTSD, ADHD atau stres. Dengan ZenPod, bagi pengguna Apple AirPods yang kerap ‘gelisah’ seperti membuat panggilan kepada kekasih menggunakan AirPods, tetapi tidak terjawab – kini boleh tenangkan diri.

ZenPod hadir dengan tiga pilihan warna; hitam, hitam/perak atau coklat/perak dan dijual dengan tanda harga $29.99 (~RM123) sahaja.

Sumber : Amanz