(Video) ‘Cheetah biasanya malu tapi..’ Penampakan 2 Cheetah jantan lawan 1 Cheetah betina

Dua ekor harimau bintang jantan (Cheetah) dirakam sedang mengawan dengan seekor harimau bintang betina yang sama sempat dirakam sekumpulan pelancong di Gurun Kalahari. 

Dalam ‘penampakan’ yang jarang berlaku itu turut disaksikan oleh sekumpulan zirafah yang kebetulan berada di tempat kejadian. 
Difahamkan, video itu dirakam di Tswalu, Selatan Afrika, ketika dua ekor Cheetah jantan cuba mengawan seekor Cheetah betina. 
Ketika Cheetah betina melarikan diri, salah seekor Cheetah jantan itu telah menggigit belakang lehernya agar dia tidak bergerak, sebelum kedua-dua Cheetah jantan itu berada di kedudukan atas. 
Pemandu pelancong, Juan Venter, 26, yang merakam video itu berkata, penampakan itu sangat jarang berlaku kerana Cheetah kebiasaannya mempunyai rasa malu ketika mengawan. 
“Apabila kami tiba di tempat itu, kami terdengar banyak jeritan dan tiga ekor Cheetah itu nampak seperti bergaduh, rupa-rupanya dua Cheetah jantan itu sedang cuba mengawan si betina dalam masa yang sama. 
“Saya tak tahu nak cakap apa. Saya cuma meminta tetamu saya teruskan merakam adegan itu kerana mereka tidak akan dapat melihat adegan seperti ini lagi. 
“Ketiga-tiga ekor Cheetah itu akhirnya berganjak ke dalam semak. Cheetah biasanya malu ketika mengawan dan kami tidak mahu mengganggu mereka, kita perlu hormat kejadian alam. 
“Saya ada rakan yang sama dalam industri ini lebih 15 tahun dan mereka tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Dan untuk saya ini mungkin pertama kali dan juga kali terakhir saya melihatnya,” katanya. – Daily Mail

Sumber : TheReporter