Xiaomi Mi Mix 2S Dengan Snapdragon 845, 6GB RAM Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1399

Xiaomi sedia menawarkan Pocophone pada harga sangat kompetitif dan memberikan saingan sengit kepada pelbagai jenama lain. Kini, bersempena dengan Tahun Baru Cina menjelang tiba, Xiaomi turut telah hadir dengan promosi potongan harga untuk Xiaomi Mi Mix 2s.

Melalui potongan harga yang diberikan, kini pengguna boleh mendapatkan Xiaomi Mi Mix 2s pada harga RM1399 sahaja.

Xiaomi CNY Mi Mix 2s

Mi Mix 2s hadir dengan rekaan skrin nirbingkai dan kerangka berasaskan seramik, dijana cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Telefon ini turut dilengkapi sokongan pengecasan nirwayar, selain integrasi kecerdasan buatan pada kamera.

Telefon pintar ini menggunakan dwi-kamera 12-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 5-megapixel.

Selain versi 64GB yang ditawarkan pada harga RM1399, Xiaomi turut memberikan potongan harga untuk versi 128GB yang boleh didapati pada harga RM1699.

Beli : Xiaomi Mi Mix 2s

Sumber : Amanz