Lexar Hadir Dengan Kad SDXC Berkapasiti 1TB – Berharga Melangkaui RM2000

Dengan lebih ramai menggunakan kamera untuk rakaman video 4K, semestinya anda perlukan ruangan storan yang sangat besar. Kini, selari dengannya, Lexar hari ini telah pun melancarkan kad SDXC yang pertama yang hadir dengan kapasiti 1TB.

Lexar 1TB

Penawaran kad 1TB ini akan memudahkan lagi pengguna untuk merakamkan video 4K tanpa risau masalah kapasiti. Ia hadir dengan sokongan membaca pada kelajuan 95MB/s, selain menawarkan sokongan rakaman video pada kelas V30.

Lexar akan memasarkan kad SDXC 1TB ini pada harga $500 (~RM2052). Ia tidak diketahui lagi bilakah kad storan ini akan memasuki pasaran tempatan.

Untuk makluman, SanDisk sebelum ini telah mengumumkan kad SDXC 1TB, tetapi ia tidak dikomersialkan lagi sehingga ke hari ini.

Sumber : Amanz