Kerana terlalu percayakan aplikasi Waze

Kerana terlalu percayakan aplikasi Waze, kereta yang dipandu oleh seorang bidan tersesat dalam sebuah ladang kelapa sawit, semalam. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Mohd Hafizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.36 pagi itu dan menghantar sepasukan anggota ke lokasi untuk mencari mangsa. 
“Bomba terima laporan seorang wanita berusia lingkungan 30-an menaiki kereta jenis Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas menggunakan aplikasi navigasi Waze. 
“Mangsa ditemui dalam keadaan selmaat dan dibawa keluar dari ladang tersebut,” katanya. 
Difahamkan sebelum itu, mangsa dalam perjalanan ke rumah pelanggannya di Suajana Putra, untuk memberi perkhidmatan mengurut. 
“Bidan ini dari Ulu Yam. Dia ikut aplikasi Waze sampai ke dalam ladang sawit. Kemudian kereta dia pula tersangkut dalam jalan berlumpur. 
“Anggota bomba turut membantu mengeluarkan tayar kereta mangsa yang gagal bergerak terperangkap dalam lumpur tanah merah,” katanya. 
Sumber: Sinar Harian

Sumber : TheReporter