Huawei Hadir Dengan Promosi Pertukaran Bateri Telefon Pada Harga RM99

Huawei hari ini mengumumkan promosi khusus bermula 14 Januari sehingga 20 Februari 2019 ini, dimana pengguna boleh mendapatkan diskaun untuk pertukaran bateri pada sejumlah peranti. Huawei mengatakan pengguna boleh membuat perubahan bateri ini pada harga hanya RM99 sahaja untuk sejumlah model terpilih.

Huawei Bateri RM99

Antara model yang tertakluk dibawah promosi ini adalah termasuk:
Huawei Mate 8, Huawei Mate 9, Huawei Mate 9 Pro
Huawei P9, Huawei P10, Huawei P9 Lite, Huawei P10 Lite, Huawei P10 Plus
Huawei Nova 2i, Huawei Nova Lite, Huawei Y7 Prime

Seperti ramai sedia maklum, dengan penggunaan peranti untuk tempoh yang lama, ia mungkin membuatkan bateri anda tidak menyimpan kapasiti sepenuhnya. Dengan membuat perubahan bateri, ia mungkin akan memberikan anda kuasa kapasiti bateri menyeluruh seperti anda beli pada awalnya.

Bagi anad yang berhasrat untuk membuat pertukaran bateri, mungkin boleh menyemak promosi ini pada harga RM99 di sejumlah kedai perkhidmatan Huawei seluruh negara.

Sumber : Amanz