Instagram Kini Membolehkan Pengguna iPhone Terbitkan Perkongsian Ke Multi-Akaun

Instagram hari ini telah mula memperkenalkan kebolehan perkongsian dan menerbitkan sesuatu gambar dan video ke multi-akaun di Instagram. Buat masa ini, fungsi ini terhad kepada pengguna iPhone, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Android pada masa akan datang.

Instagram Multi-AccountSeperti ramai sedia maklum, sebelum ini Instagram telah sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna menerbitkan perkongsian ke laman sosial yang lain. Melalui kemaskini baru ini, pengguna turut boleh memilih untuk menerbitkan perkongsian mereka pada akaun-akaun Instagram lain yang dihubungkan ke akaun mereka.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memudahkan sesuatu perkongsian tanpa perlu melakukannya beberapa kali seperti sebelum ini.

Ciri ini juga mungkin membantu pengguna akaun yang menguruskan jenama atau organisasi – selain turut boleh menerbitkan perkongsian sama ke akaun peribadi mereka.

Buat masa ini, ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna iPhone.

Sumber : Amanz