Google Akan Tetapkan Spesifikasi Minima Untuk Android TV

Android TV adalah sistem operasi Android untuk televisyen pintar atau untuk kotak set Android TV. Antara jenama yang popular adalah Xiaomi melalui Mi Box 3. Tetapi, jenama dari China yang tidak terkenal – banyak sahaja yang hasilkan kotak set dengan spesifikasi yang rendah dan dijual. Kemudian, apabila ada masalah prestasi dan isu lain – pengeluar tidak dapat selesaikan.

Terkini, pengarah kanan pengurusan produk untuk Android TV di Google – Shalini Govil-PaiGoogle kelak akan mula tetapkan spesifikasi minima untuk sesebuah peranti Android TV. Melalui spesifikasi minima yang Google tetapkan, sekurang-kurangnya ia akan mempunyai prestasi yang Google iktiraf dan/atau menerima kemaskini yang pantas jika pengeluar ikut kehendak Google.

Penetapan spesifikasi minima untuk sesebuah peranti bukanlah sesuatu yang baru. Sistem operasi seperti Android Go atau Android One, peranti yang ingin menjalankan sistem operasi ini perlu mengikut spesifikasi yang Google tetapkan.

Sumber : Amanz