Xiaomi Telah Menjual Lebih 100 Juta Unit Mi Power Bank Sehingga Ke Hari Ini

Xiaomi sedia popular dengan penawaran Mi Power Bank yang ditawarkan pada harga kompetitif berbanding beberapa jenama lain. Ketika pengenalannya beberapa tahun lepas, ia boleh dikatakan Mi Power Bank antara yang termurah dan berkualiti yang ditawarkan di pasaran berbanding beberapa pesaing.

Xiaomi PowerBank

Sejak itu, Mi Power Bank boleh dikatakan telah menjadi agak popular, dan kini Xiaomi mengumumkan mereka telah menjual lebih 100 juta unit sehingga ke hari ini.

Ini boleh dikatakan antara pencapaian yang tinggi, apatah lagi untuk jenama yang memfokuskan telefon pintar dan ekosistem pintar yang lain.

Pengumuman ini hadir seminggu selepas Xiaomi memperkenalkan Mi Power Bank 3 yang turut berupaya untuk mengecas komputer riba.

Sumber : Amanz