Perkhidmatan Perkongsian Skuter Elektronik, Neuron Mobility Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Neuron Mobility sebelum ini telah mengumumkan akan memasuki pasaran Malaysia, dan bermula bulan ini, pengguna sudah boleh menggunakannya. Buat masa ini, ia ditawarkan di sejumlah lokasi secara terhad sekitar Lembah Klang.

Neuron Eskuter

Dengan adanya skuter elektronik ini, ia akan memudahkan pengguna untuk ke lokasi berdekatan dengan mudah. Neuron Mobility menawarkan beberapa pilihan langganan, termasuk pas sekali penggunaan RM3 + 30 sen seminit, pas mingguan untuk lima kali penggunaan pada harga RM38, pas tanpa had harian pada harga RM68, dan pas bulanan pada harga RM98 sebulan.

Neuron Mobility

Pengenalan ini juga mungkin memudahkan pengguna untuk ke lokasi yang dituju yang berdekatan selepas menggunakan pengangkutan awam lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Neuron Mobility untuk Android dan iOS, serta menyemak sendiri penawarannya di kawasan berdekatan anda.

Muat-Turun Neuron Mobility untuk Android

Muat-Turun Neuron Mobility untuk iPhone

Sumber : Amanz