Suspek positif ganja

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid mengesahkan bahawa suspek yang membunuh dua beradik di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, kelmarin adalah positif dadah jenis ganja. 
Dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia lima tahun dan bayi berusia setahun ditetak dan dikelar oleh suspek menggunakan parang ketika mengamuk. 
Beliau berkata, keputusan itu diperolehi selepas melakukan ujian air kencing terhadap suspek yang berusia 48 tahun. 
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar suspek bertindak demikian.
Pihak polis juga telah memanggil beberapa orang yang menjadi saksi kejadian untuk membantu siasatan.
Sementara itu, hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap dua mayat mangsa mendapati punca kematian dua beradik itu adalah disebabkan kecederaan di bahagian depan leher di mana salur darah utama dan salur pernafasan mereka terputus akibat dikelar oleh suspek. 
Media semalam melaporkan, suspek dipercayai mengalami masalah mental sehingga tergamak membunuh dua beradik yang tidak berdosa itu selepas menceroboh rumah keluarga terbabit. 
Ibu mangsa mendakwa, suspek juga menjerit kepadanya “Anak hang dah selamat, semua dah selamat mandi darah,” sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. 
Sumber: Harian Metro
BERITA BERKAITAN:

Sumber : TheReporter