Sukar Untuk Tidur Malam? 5 Terapi Ini Boleh Menghilangkan Penyakit Insomnia

Rupa-rupanya masih ramai rakyat di Malaysia mengalami masalah kesukaran untuk tidur malam. Tidak cukup dan berkualiti adalah sangat penting untuk memastikan kita dapat rehat cukup. Melalui tidur, tenaga kita akan kembali semula kerana telah dicas semwaktu tidur.

Kalau tidak tidur, badan kita akan rasa letih dan seterusnya jadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit yang tidak diingini. Sebenarnya bahasa mudah untuk orang yang sukar tidur malam ialah insomnia.

Maksud yang lebih jelas, insomnia ini merupakan bilamana seseorang itu mengalami masalah tidur seperti susah untuk memulakan tidur atau tidur nyenyak. Ia juga salah satu daripada diagnostik kemurungan.

Peratusan yang tinggi menunjukkan orang yang mengalami insomnia mungkin  mendapat penyakit kemurungan dan kecemasan berbanding meraka yang tidak mengalami insomnia.

Jadi, hari ini kami ingin berkongsi tentang merawat penyakit insomnia cara semulajadi. Berikut adalah beberapa ciri rawatan semulajadi yang boleh andaikut dan buat di rumah sahaja.

1.Menjaga jadual kesihatan

Tidak terlalu banyak tidur atau terlalu sedikit, sentiasa bersenam setiap hari, tidak memaksa untuk tidur dan mengikut jadual yang tidur teratur. Lebih-lebih lagi menghindari pengambilan kafein di malam hari. Jangan sesekali tidur sewaktu anda lapar dan pastikan persekitaran tempat tidur anda nyaman dan bersih.

2. Pembatasan tidur

Mengurangi waktu yang dihabiskan di tempat tidur dan mengurangi sebahagian masa tidur boleh menigkatkan keletihan, bersedia untuk malam berikutnya.

3. Mengunakan teknik meditasi

Ini adalah cara untuk hilangkan insomnia yang sangat berkesan. Ia membolehkan otot-otot tegang menjadi longgar. Terapi kawalan stimulasi hanya tidur seketika apabila mengantuk. Elakkan menonton TV, membaca,makan atau terlalu banyak berfikir di atas katil.

Tetapkan pengera untuk masa yang sama setiappagi walaupun ianya hari minggu dan elakan untuk tidur yang panjang di siang hari.

4. Makan makanan magnesium dan kalsium

Diet pemakanan seharian juga memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah tidur anda. Terdapat beberapa penyelidikan mengatakan bahawa magnesium dan kalsium mungkin dikaitkan dengan tidur yang baik. magnesium terlibat dalam banyak proses dalam badan termasuklh kelonggoran otot. Sumber makanan kalsium dan magnesium yang tinggi ialah sayura-sayuran,tenusu dan kacang serta bijirin.

5. Dapatkan beberapa senaman aerobik

Sekiranya anda telah mengunakan keahlian gim anda sepanjang tahun, inilah sebab yang baik untuk akhirnya mengunakannya. Aktiviti fizikal dapat membantu mengurangkan tekanan dan dapat menguatkan jam badan anda, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk tidur dan mempunyai rehat malam yang baik.

Sumber: everydayhealth, healthline, everydayhealth1

Sumber : SiakapKeli