“Sepanjang Tinggal Sini, Saya Tak Pernah Tengok Perkara Seperti Ini Terjadi,” Penduduk Bimbang Ribuan Cengkerik Di Mekah

Keadaan luar biasa dan tidak pernah dilihat, beribu-ribu serangga hitam menyerang masjid suci Mekah dan sebahagian besar bandar menyebabkan penduduk rata-rata bingung dengan fenomena itu.

“Pada malam Sabtu saya sedang berdoa di Masjidil Haram dan kelihatan serangga itu dimana-mana, masjid itu seperti menarik mereka.  Bukan hanya di halaman, tapi disekeliling Kaabah juga,” kata Abdulhwhab Soror, 64 kepada media tempatan.

“Saya tinggal di Mekah sudah lama, saya tak pernah saksikan sesuatu seperti ini sebelum ini,” katanya.

Gambar dan video-video berkenaan situasi itu tular di media sosial sejak semalam menunjukkan ribuan serangga melekat pada pakaian orang ramai dan berterbangan sehingga menutup dinding serta lantai masjid.

Pihak kerajaan turut dalam usaha menyelesaikan masalah itu dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter rasmi mereka.

Menggambarkan keadaan video kepada serangan serangga Masjidil Haram. Semua usaha, tenaga dan keupayaan Sekretariat telah dimanfaatkan untuk penghapusan serangga ini dengan cepat untuk memastikan keselamatan para jemaah Rumah Allah swt.” 

Sumber: Y This News

Sumber : SiakapKeli