Shell Malaysia Merasmikan Peraduan ‘Menang Percutian Impian Anda Bersama Shell’

Pertama kalinya Shell Malaysia mengumunkan pemenang peraduan ‘Win A Trip With Shell’ kepada semua pelanggan hariannya yang mengunjungi setiap steseyen minyak Shell di seluruh Malaysia. Peraduan ini telah berlangsung pada 17 Disember yang lalu sehingga 31 Mac 2019 tahun ini.

Mudah sahaja dengan hanya membelanja mininum RM 40 di semua cawangan di seluruh negara berpeluang untuk memenangi peraduan percutian bersama Shell. Anda boleh melancong ke tempat kegemaran anda seperti Korea, Itali dan New Zealand bersama pakej penerbangan ditanggung penuh oleh Shell. Ia sebagai bonus kepada pelanggan yang bertuah.

Bukan sekadar mengisi minyak tetapi anda juga boleh membuat pembelian kesemua barangan Shell termasuklah, minyak, Shell Lubricants atau barangan runcit yang dijual di setiap stesen Shell tetapi bukan produk seperti rokok, produk E-pay dan Touch N Go. 

Menurut Shairan Huzaini Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, pelanggan menjadi keutamaan bagi mereka untuk merealisasikan impian pelanggan untuk bercuti di tempat-tempat kegemaran mereka. Beliau mengharapakan lebih ramai lagi untuk memenangi peraduan ini supaya boleh menambah pengalaman bercuti di luar negara.

Pemenang pertama bagi musim ini, Wan Muhammad Fathi 35 tahun berasa bertuah dan tidak menyangka bahawa belkiau akan memenangi peraduan ini. Sebanyak 7 kali cubaan dalam peraduan ini, akhirnya saat yang ditunggu telah tiba. Beliau memenangi percutian ke New Zealand.

Katanya lagi, sepanjang 7 kali cubaan itu tempat yang diletakkan juga sama kerana tersangatlah teringin ke sana bersama adiknya. Beliau tidak pernah terfikir untuk memenangi peraduan ini dan inilah rezeki tahun barunya 2019. Percutiannya akan berlepas pada 15 Setempber 2019 selama 6 hari 5 malam semuanya ditaja khas oleh Shell Malaysia.

Sumber : SiakapKeli