Teknik ‘Editing’ Gagal, Kasut Perdana Menteri Australia Jadi Bahan Lawak Netizen

Ia seharusnya menjadi potret ‘politik’ yang sempurna, menyaksikan perdana menteri yang sedang tersenyum bersama isteri dan anak-anaknya.

Tetapi lain pula jadinya apabila imej di laman web Scott Morrison memaparkan kelemahan yang jelas.  Potret tersebut menunjukkan pemimpin Australia kelihatan seperti mempunyai dua kaki kiri dan sepasang kasut yang disunting.

Percubaan gagal itu telah menyebabkan potret tersebut tular di laman media sosial dengan hashtag #shoegate.

Jurucakap Morrison berkata perdana menteri itu tidak memberi kuasa untuk gambar itu disunting.

Morisson dalam satu status menerusi akaun Twitter miliknya memberitahu situasi yang sebenar.

“Saya tak minta kasut itu dkilatkan.  Tapi, kalau nak guna Photoshop sekali pun, fokuslah kepada rambut saya sekurang-kurangnya.  Bukan kasut!”

Sumber: The Guardian

Sumber : SiakapKeli