(Video) ”Semasa Hidup, Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur,” Sebak, Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak yang dilahir dan ditatang bagai minyak yang penuh pergi secara mengejut dalam sekelip mata. Apatah lagi jika pemergiannya itu kerana kecuaian orang lain seperti kes yang berlaku ini.

Anak yang berusia 8 bulan, Aisy Fawwaz, dihantar dalam keadaan sihat pada waktu pagi tetapi terkulai lemah sewaktu diambil dari rumah pengasuh. Hati ibu ayah mana yang tidak hancur, apabila doktor mengesahkan si anak sudah tidak bernyawa lagi.

Luahan oleh ibu saudaranya ternyata menyentuh emosi ramai. Sebak sekali mendengar alunan zikir si bapa ketika meriba jasad anak untuk perjalanan terakhirnya. Kerana tuntuan kerja, mereka terpaksa meningalkan anak di bawah tanggungjawab insan lain dengan harapan supaya dapat dijaga dengan sebaiknya tetapi sebaliknya berlaku.

Kes kini masih berada dalam siasatan pihak polis. Moga Allah memberi ketabahan kepada ibu ayah dan keluarga yang ditinggalkan. Amin!

Allah.. macam tak percaya semua ni berlaku dengan pantas..

Takziah buat abang ku Mohamad Firdaus & kakak ipar atas pemergian anak bongsu dari tiga beradik, Muhammad Aisy Fawwaz tengah hari tadi (usia nak dekat 8 bulan).

Tengah hari tadi 08-01-2019 dalam jam 12 lebih pengasuh (dari kg setia jaya) call umi fawwaz beritahu baby dah tak boleh bernafas. Umi fawwaz mengajar di SK Tmn Melati, dekat sangat dengan rumah pengasuh.

Abg ika sampai rumah pengasuh, baby dah betul-betul lemah, terkulai masa dukung.. darah dah penuh kat hidung dah block habis pernafasan fawwaz..bawah mata lebam.. Allahu..

Abg ika terus ke klinik paling dekat, Klinik Hamidah, Taman Melati dengan abang no.4, Mohamad Hasbullah Abdul Razak dan wife kak Fazila Jamaludin.. sebab nak ke HKL masa tu memang tak sempat.. doktor cuba selamatkan fawwaz, tapi Allah lebih sayangkan kamu wahai anak.. doktor cakap nadi fawwaz dah takda.. 

Terus bawak ke emergency HKL, zon merah.. doktor pun sahkan fawwaz dah takda..
Doktor scan xray semua, banyak pendarahan di kerongkong fawwaz penuh di saluran pernafasan.. bukan tersedak susu..

Doktor belum dapat cari lagi punca sebab apa, minta abang ika buat laporan polis bagi keterangan. Dan malam ni polis forensik ke rumah pengasuh untuk buat siasatan.
Esok pagi dalam 830pagi 09-01-2019 baru buat post mortem untuk cari jawapan paling tepat. Doakan semoga kita dapat tahu punca sebenar.

Allahu..taip ni pun sambil nangis.. tak sangka semua ni terjadi, tapi kita kena redha..
Fawwaz sekarang sedang bermain di taman syurga.. rehatlah kamu sayang.. kamu insan terpilih.. mummy iqa sayang kamu sangat-sangat.. Semoga abang dan kak wani tabah dengan dugaan ini..

Rasa sebak, bila kakak ipar cakap, “ika, ambiklah susu fawwaz ni bagi uwais..dah takda sapa boleh minum”. 

Lagi sebak rasa sebab pagi tadi sebelum ke rumah pengasuh, fawwaz dapat rasa kali terakhir air susu badan umi nya.. masih menyusu badan. Dan malam tadi juga umi nya cakap dia teman umi nya berjaga siapkan kerja sekolah.

Gambar pakai kopiah ni, gambar terakhir abi nya snap pagi tadi sebelum umi nya bawak ke rumah pengasuh.. masa hantar baby sihat wal’afiat.

InsyaAllah, bila dah selesai post mortem semua, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota dalam waktu selepas zuhur. 

UPDATE

Alhamdulillah..selesai sudah pengebumian anak buahku tercinta Muhammad Aisy Fawwaz sebelum Asar tadi.. (usia dekat 8 bulan)

Hasil post mortem doktor cakap kecederaan parah di kepala..kesan hentakan dgn objek tumpul.. Biar polis buat siasatan keatas pengasuh..semoga anak buahku dapat pengadilan diatas kematiannya..Allah..

Damailah dikau disana wahai anak..sebak masa mandikan jenazah tadi..cium wajah bersihnya buat kali terakhir.. Solat jenazah diimamkan oleh abi fawwaz sendiri..alhamdulillah..

Sumber : Shafiqah Abd Razak

Sumber : SiakapKeli