Dianggap ‘Vintage’, Penyedut Minuman Yakult Dijual Sehingga Cecah RM3,000

Yakult Singapura telah menghentikan penghasilan penyedut minuman bagi 2 jenis produk mereka iaitu Yakult dan Yakult Ace Light bulan lepas.

Ia merupakan inisiatif mereka untuk lebih mesra alam, sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam menjadikan negara itu lebih ‘hijau’.

Kebanyakan warga Singapura menyambut baik perubahan itu kerana bagi mereka lebih mudah untuk hanya minum terus daripada botol.

Walau bagaimanapun, ada beberapa rakyat itu terlalu kreatif sehingga melihat nilai penyedut minuman jenama itu sebagai satu barangan sentimental dan menyenaraikannya melalui platform atas talian Carousell untuk dijual.

Harga yang disenaraikan adalah dari RM600 hingga RM3,000.

Ada juga yang melabelkan barangan itu sebagai barangan terhad dan dijual secara paket ataupun sebatang.

Sumber: Mothership

Sumber : SiakapKeli