Asus Zenfone Max M2 Boleh Didapati Pada Harga RM599 Pada 15 Januari

Asus Malaysia hari ini telah pun mengumumkan harga jualan untuk Asus Zenfone Max M2 bagi pasaran tempatan, dimana ia akan dijual pada harga RM699. Versi yang ditawarkan adalah versi 4GB RAM dan 32GB storan.

Asus Zenfone Max M2 hadir dengan skrin 6.3-inci HD+, dijana cip Snapdragon 632, selain bateri berkapasiti 4000mAh. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Menariknya, Asus turut menawarkan ia pada harga diskaun pada 15 Januari ini, dimana ia boleh didapati pada harga RM599 untuk hari berkenaan sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran terbaru daripada Asus ini, yang turut hadir dengan bateri berkapasiti besar berbanding peranti lain pada harganya.

Beli : Asus Zenfone Max M2

Sumber : Amanz