Sony Tidak Sengaja Sekat Aplikasi Kodi Pada Televisyen Pintar Mereka – Kini Sudah Boleh Digunakan

Pada awal minggu ini, kami telah laporkan di mana Sony telah menggalang pemasangan aplikasi Kodi pada televisyen pintar mereka. Isu ini menaikkan rasa marah dari pihak Kodi sendiri dan beberapa pengguna.

Terkini, Sony telah mengeluarkan kenyataan di mana mereka tidak sengaja menghalang pemasangan aplikasi Kodi ini. Nama pakej untuk aplikasi Android sepatutnya adalah .APK, tetapi sistem Sony mengenalpasti pakej ID Kodi sebagai .ko iaitu sebahagian daripada objek kernel. Menurut Sony, dalam kemaskini akan datang isu ini akan dibaiki.

Processed with VSCOcam with a9 preset

Pada awalnya, ramai fikir Sony sengaja menyekat pemasangan Kodi ini untuk elak pengguna akses kandungan haram. Ia tidak adil bagi mereka yang menggunakan Kodi untuk menonton kandungan yang sah. Ini tidak bermakna pengguna boleh salah gunakan Kodi, langgani platform penstriman yang sah dan elakkan menonton kandungan haram.

Sumber : Amanz