Tipu Pelancong Harga Ais Krim RM117 Sebab Sedap, Peniaga Di Itali Didenda Pihak Berkuasa

Sebuah kedai ais krim di Florence, Itali, dikenakan denda sekitar €2,000 (RM9,439) selepas didapati mengenakan harga yang mahal bagi sebatang ais krim kepada salah seorang pelancong dari Taiwan.

Pelancong tersebut diberitahu oleh penjual itu bahawa ais krim berharga kira-kira €25 (RM117) satu  kerana rasanya yang sedap.

Berang dengan harga yang perlu dibayarnya, pelancong tersebut memberitahu kepada pemandu pelancongnya sebelum mereka membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.

Anggota polis tiba di lokasi kejadian dan menemui harga sebenar yang disorokkan di belakang kaunter pembayaran sebelum mengeluarkan saman terhadap pemilik kedai tersebut.

Menurut pihak polis tempatan, perkara sebegini sudah sering berlaku dan menyebabkan tanggapan yang buruk kepada peniaga-peniaga di Itali.

“Menyembunyikan harga sebenar barangan jualan dan mengenakan harga yang tinggi kepada pelancong sudah sering kali berlaku di kalangan peniaga tempatan dan meninggalkan tanggapan buruk kepada peniaga-peniaga di sini.

Lokasi percutian ini menerima kunjungan dari pelancong yang ramai dan ada segelintir dari mereka tidak menyedari ditipu oleh peniaga menyebabkan golongan peniaga tempatan mengambil kesempatan untuk meletakkan harga yang tinggi pada barang dagangan mereka demi meraih keuntungan.

Sumber: MetroUk

Sumber : SiakapKeli