Gartner – Pengeluaran Komputer Peribadi Menyusut 1.3% Pada Tahun 2018 Dengan Lenovo Memegang Pasaran Terbesar

Kita sudah hampir separuh bulan Januari 2019 dan angka pengeluaran untuk komputer sepanjang 2018 telah dikeluarkan oleh firma penganalisa Gartner. Sepanjang tahun lalu pengeluaran komputer peribadi menyusut sebanyak -1.3% peratus berbanding 2017. Sebanyak 259 juta komputer peribadi dihasilkan berbanding 263 juta pada tahun 2017.

Lenovo ialah pengeluar terbesar dengan pegangan 22.5% pasaran diikuti oleh HP (21.7%), Dell (16.2%), Apple (6.9%), Acer (6.1%) dan Asus (6.0%). Acer, HP dan Dell mencatatkan peningkatan pengeluaran berbanding 2017 masing-masing dengan 6.9%, 2.1% dan 5.3%. Asus mencatatkan penyusutan tertinggi dengan -13.5% diikuti oleh Acer (-7.9%) dan Apple (-5.0%).

Secara keseluruhan pengeluaran tahun lalu dipacu oleh permintaan dari sektor perniagaan. Komputer peribadi untuk keperluan pengguna hanya menyumbang sebanyak 40%.

Sumber : Amanz