Toshiba MG08 Diperlihatkan – Cakera Keras Dengan Storan Sebesar 16TB

Di acara CES 2019, Toshiba telah memperkenalkan sebuah SSD bersaiz padat yang hadir dengan storan bersaiz 1TB yang sangat sesuai digunakan untuk komputer riba ringan dan nipis, disamping pembina komputer yang ingin membina sistem desktop bersaiz padat.

Selain dari itu, Toshiba turut memperlihatkan cakera keras terbesar mereka yang dibina khusus untuk pusat data dan syarikat-syarikat yang memerlukan storan yang banyak yang dinamakan Toshiba MG08 yang mempunyai storan sebesar 16TB.

Setiap cakera keras Toshiba MG08 ini mengandungi sebanyak sembilan cakera dengan kemampuan untuk menyimpan sehingga 1.7TB data, dan ia ditutup menggunakan gas helium untuk memastikan cakera-cakera tersebut disusun padat walaupun berada di dalam rekaan cakera keras 3.5 inci yang biasa.

Dalam pada itu, cakera keras Toshiba MG08 ini juga hadir di dalam dua sambungan yang berbeza, iaitu SATA III 6.0Gbps dan juga SAS 12GB/s bergantung kepada keperluan pengguna, dan juga MTBF (Mean Time Before Failure) selama 2.5 juta jam.

Sumber : Amanz