Penerbangan Terpaksa Ditangguhkan, Penumpang Baling Duit Syiling Dalam Enjin

Penerbangan China Eastern Airlines dari bandar Anhui di Anqing ke Shanghai telah ditangguhkan selama hampir dua jam pada hari Selasa lalu selepas pekerja menemui bukti bahawa salah seorang penumpang telah membuang syiling ke dalam enjin pesawat.

Pihak berkuasa telah memeriksa pita pengawasan namun tidak menjumpai siapa pelakunya.  Namun, salah seorang pegawai telah naik ke pesawat dan bertanyakan kepada para penumpang tetapi tiada seorang pun yang mengaku melakukannya.

Sebelum ini, seorang penumpang telah ditangkap melakukan perkara sama namun tidak dikenakan hukuman kerana dia merupakan seorang wanita yang sudah berusia 80 tahun.

Sumber: Shanghaiist

Sumber : SiakapKeli