Tujuh UTC Akan Kembali Beroperasi Sehingga 10 Malam Mulai 22 Januari Ini

Perubahan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja bermula dari 1 Januari 2019 lalu, membuatkan orang ramai membidas keputusan tersebut yang dianggap tidak lagi memudahkan urusan di luar waktu pejabat.

Pengurangan itu juga dijelaskan kerana kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam dan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah efisien bagi UTC iaitu menyampaikan perkhidmatan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.

Walau bagaimanapun, terbaru, Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan 7 buah UTC akan dibuka semula waktu operasinya sehingga 10 malam seperti sebelum ini.

Sumber : SiakapKeli