Kisah Pelaksanaan Guna Bahasa Melayu Di Sekolah

Pada tarikh 5 Januari 1970, bahasa penghantar untuk semua mata pelajaran darjah satu di semua sekolah rendah aliran Inggeris akhirnya ditukarkan kepada bahasa Melayu.

Perlaksanaan pertukaran ini cukup sejajar dengan dasar utama Kementerian Pelajaran pada waktu itu untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di semua sekolah yang ada di Malaysia.

Sistem pelajaran di negara kita punyai empat bahasa penghantar di peringkat rendah. Ianya adalah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Manakala di peringkat menengah dan menengah lanjutan pula, terdapat dua bahasa penghantar yang digunakan dalam sistem pembelajaran di sekolah iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja.

Kisah Pelaksanaan Guna Bahasa Melayu Di Sekolah

Untuk mengatasi pelbagai masalah dan kerumitan yang wujud dari perlaksanaan bahasa yang pelbagai itu, semua mata pelajaran selain daripada bahasa Inggeris akan diajar dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Kisah Pelaksanaan Guna Bahasa Melayu Di Sekolah

Sebenarnya, perubahan pelaksaan penggunaan bahasa Melayu ini telah bermula secara berperingkat sejak Januari 1968 lagi apabila lima mata pelajaran dalam bahasa Inggeris diajar dalam bahasa Melayu.

Kisah Pelaksanaan Guna Bahasa Melayu Di Sekolah

Perubahan yang dijalankan secara berperingkat ini kemudian lengkap pada tahun 1975 apabila semua peringkat kelas di sekolah rendah dan tahun 1982 untuk semua sekolah menengah menggunakan bahas Melayu sepenuhnya sebagai bahasa penghantar untuk semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa Inggeris.

Kisah Pelaksanaan Guna Bahasa Melayu Di Sekolah

Dalam tahun 1983, semua universiti tempatan turut mula menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pembelajaran mereka sewaktu dalam kuliah.

Rujukan:

  • Utusan Malaysia, 6 Januari 1970, hal. 5.
  • Surat Pekeliling Ikhtisas (Professional)

Sumber : OrangKedah