Curang, isteri tembak suami dan kekasih gelapnya sehingga mati

Seorang wanita dari Lampang, Thailand, mengekori suaminya sebelum mendapati lelaki itu bertemu dengan kekasih gelapnya lalu ditembak kedua-duanya menyebabkan suaminya cedera parah dan pasangannya maut. 
Menurut polis, kejadian itu berlaku pada petang Rabu di sebuah premis pakaian di komuniti Na Kuam Tai di Tambon Chomphu. 
Suspek, Prapha Jaidee, 55, bagaimanapun tidak melarikan diri dari tempat kejadian dan menikmati minuman alkohol di sebuah premis berdekatan serta menunggu pihak polis menahannya. 
Dua kelongsong peluru 9mm turut ditemui di lokasi kejadian. 
Polis berkata, mangsa, Titichada Tanbut, 42, ditembak di bahagian leher dan mati di Hospital Lampang, manakala suami suspek, Anuwat Jaidee, 51, ditembak di bahagian badan dan dibawa ke hospital yang sama untuk diberikan rawatan. 
Dalam keterangan Prapha memberitahu dia sudah lama mengesyaki suaminya mempunyai perempuan lain, tetapi tidak dapat menuduhnya kerana tiada bukti sebelum ini. 
Lalu dia pada hari kejadian mengambil keputusan menunggang motosikal dan mengekori kereta suaminya sehingga ternampak lelaki itu bertemu dengan kekasihnya di premis pakaian tersebut.
Sumber: Asia One

Sumber : TheReporter